Barisan Nasional 2.0
PASCA PRU 14 sangat menjolok mata. Setelah hampir kebanyakan negeri sukar untuk membentuk kerajaan kerana tiada satu parti yang mempunyai majoriti mudah bagi membentuk kerajaan. Perak, Kedah, Johor, Sabah antara negeri yang telah bentuk kerajaan selepas menyaksikan drama lompat parti bagi memperolehi majoriti mudah. Sementara Pahang dan Perlis masih mempunyai beberapa episod untuk menamatkan adegan drama minggu ini. Sarawak meskipun telah terbentuk kerajaannya melalui PRN Sarawak tempoh hari, juga mempunyai sinetron tersendiri dalam menyertai arus dan cita rasa “kerajaan lompat” mutaakhir ini. Bahkan saya juga menjangkakan Kerajaan Pusat yang terbentuk hari ini dengan majoriti mudah akan turut menyaksikan adegan lagak ngeri dengan aksi lompat untuk mencari dua per tiga majoriti. Andai benar jangkaan saya, terutama berlaku acara lompat dalam guni beramai-ramai, dari Umno ke PPBM atau BN ke PH, maka ia hanya akan membentuk Barisan Nasional 2.0. Tiada apa yang baharu. Ada be