Posts

Barisan Nasional 2.0

Image
PASCA  PRU 14 sangat menjolok mata. Setelah hampir kebanyakan negeri sukar untuk membentuk kerajaan kerana tiada satu parti yang mempunyai majoriti mudah bagi membentuk kerajaan. Perak, Kedah, Johor, Sabah antara negeri yang telah bentuk kerajaan selepas menyaksikan drama lompat parti bagi memperolehi majoriti mudah. Sementara Pahang dan Perlis masih mempunyai beberapa episod untuk menamatkan adegan drama minggu ini. Sarawak meskipun telah terbentuk kerajaannya melalui PRN Sarawak tempoh hari, juga mempunyai sinetron tersendiri dalam menyertai arus dan cita rasa “kerajaan lompat” mutaakhir ini. Bahkan saya juga menjangkakan Kerajaan Pusat yang terbentuk hari ini dengan majoriti mudah akan turut menyaksikan adegan lagak ngeri dengan aksi lompat untuk mencari dua per tiga majoriti. Andai benar jangkaan saya, terutama berlaku acara lompat dalam guni beramai-ramai, dari Umno ke PPBM atau BN ke PH, maka ia hanya akan membentuk Barisan Nasional 2.0. Tiada apa yang baharu. Ada be

“Kemenangan Tun M Sebenarnya Boleh Bahayakan Negara” – Hadi Awang

Image
“Kemenangan Tun M Sebenarnya Boleh Bahayakan Negara” – Hadi Awang | Rakyat perlu menolak pakatan disertai Tun Dr Mahathir Mohamad kerana negara akan berada dalam bahaya, jika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dimenangi pembangkang yang bertanding menggunakan logo PKR itu. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata ini kerana pakatan disertai Dr Mahathir, tidak meletakkan Islam sebagai teras utama untuk mentadbir negara dan keadaan itu diburukkan lagi sikap rakan sekutunya, DAP, yang akan melakukan apa sahaja untuk melemahkan orang Islam. Beliau berkata, rakyat mahu orang Islam memerintah negara ini dan tidak rela dijajah DAP yang akan menjadi mencatur utama jika pakatan itu berjaya membentuk kerajaan Pusat pada PRU ini. “Dr Mahathir tidak meletakkan Islam dalam perjuangan parti berkenaan, sebaliknya bersekongkol dengan DAP dan parti Melayu tajaan DAP iaitu Parti Amanah Negara (PAN) “Buat apa pilih Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, sedangkan sepanjang 22 tah

Ucapan sulung MB tuntut hak royalti minyak Terengganu

Image
Menteri Besar, Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini menyatakan tekadnya untuk terus menuntut hak royalti minyak Terengganu. Ahmad Samsuri berkata pelbagai pendekatan akan diambil bagi tujuan itu termasuk tindakan undang-undang. “Kita akan memperjuangkan dengan pelbagai cara pendekatan undang-undang, pendekatan secara berunding untuk mendapatkan kembali royalti minyak Terengganu dan juga mendapatkan hasil daripada Telaga Bertam yang telah dihilangkan dan ditiadakan dari kewangan kerajaan negeri,” kata Ahmad Samsuri dalam ucapan sulungnya sebagai menteri besar. Ahmad Samsuri berkata demikian ketika kuliah Dhuha di Rusila, Marang, hari ini. ADUN Rhu Rendang itu malam tadi mengangkat sumpah sebagai menteri besar PAS memenangi 22 daripada 32 kersi DUN Terengganu pada pilihan raya umum 9 Mei lalu. Isu royalti minyak Terengganu dan Kelantan menjadi topik perbincangan sejak sekian lama dengan PAS mendakwa hak mereka sebagai kerajaan negeri dinafikan oleh kerajaan pusat BN, sebelum

MB: Bukan Islam di T'ganu tak perlu bimbang dengan PAS

Image
Bukan Islam di Terengganu tidak perlu bimbang dengan pentabiran baru kerajaan PAS di negeri itu. Menteri Besar Terengganu yang baru, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memberi jaminan masalah dihadapi masyarakat bukan Islam akan ditangani sebaik mungkin. “Tidak perlu ada kebimbangan dalam hal (melibatkan bukan Islam), insya-Allah kerana kita akan tangani secara halus mengenainya termasuklah berbincang serta mengadakan pertemuan. “Kita juga akan mencari jalan terbaik bagi semua pihak dan jangan bimbanglah,” katanya dalam sidang media pertama selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru malam tadi. Ahmad Samsuri yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang berkata selaku menteri besar beliau sedia melantik wakil bukan Islam dalam pentadbirannya. “Kita akan perhati keperluan itu serta akan laksanakan lantikan jika perlu,” katanya. Mesej kasih sayang Sementara itu, mengulas perancangan jangka panjang, Ahmad Samsuri berkata beliau akan mewujudkan

MB Terengganu dapat restu ibu

Image
MARANG: "Umi tak tahu nak cakap apa sebab tak pernah jangka abang akan menjadi wakil rakyat cuma Umi harap abang jalankan tanggungjawab sebaiknya," kata Safiah Abd Latif, 77, ibu Menteri Besar Terengganu yang baharu Prof Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Dr Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang dilantik Menteri Besar selepas PAS memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kelmarin. Menurut Safiah yang mesra dipanggil Umi, perasaannya bercampur antara gembira dan sedih apabila anak ketiga daripada lima beradik itu diberi kepercayaan menerajui kerajaan negeri. "Sebagai ibu, umi restu dan sentiasa doakan yang terbaik untuk abang cuma umi harap abang sentiasa ingat tanggungjawab. "Abang kena ingat apa yang Allah SWT katakan kita sebagai manusia mesti betulkan segala-galanya, jangan langgar undang-undang atau hukum. "Buat yang terbaik sebab orang sudah beri kepercayaan kepada abang," katanya ketika ditemui di rumah

Menteri Besar Terengganu khusyuk di Majlis Ilmu di Rusila. Allahuakbar.

Image