Skip to main content

Pas angkat sumpah bentuk kerajaan di Terengganu Dr. Ahmad Samsuri MB Terengganu baharu


Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin (kanan) berkenan menyampaikan watikah perlantikan Menteri Besar Terengganu ke-15 kepada ADUN Rhu Rendang, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar (kiri) pada Majlis Perlantikan Menteri Besar baru di Istana Syarqiyyah, Bukit Chendering. - UTUSAN ONLINE/AZLAN BAHRUM


KUALA TERENGGANU 10 Mei - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang, Prof. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, 48, mengangkat  sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu Ke-15 di Istana Syarqiyyah, di sini malam ini.
Istiadat mengangkat  sumpah jawatan dan menerima watikah pelantikan itu berlangsung di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin kira-kira pukul 9 malam tadi. 
Ahmad Samsuri, berkelulusan Doktor Falsafah Aeroengine Ignition and Combustion High Altitude Engine Failure dari Universiti of Leeds, United Kingdom merupakan Setiausaha Politik kepada Presiden Pas dan Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat.
Beliau yang berasal dari Besut merupakan pakar aeroangkasa dan sering menjadi rujukan semasa kes kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.
Beliau yang pertama kali bertanding mengambil alih sebagai calon bagi kerusi Ru Rendang daripada Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang hanya mempertahankan kerusi Parlimen Marang kali ini.
Dalam PRU-14 semalam, Pas menguasai Terengganu apabila memperoleh sebanyak 22 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.
BN yang dalam PRU lalu meraih 17 kerusi hanya mampu bertahan di lapan kerusi.
Istiadat mengangkat  sumpah jawatan dan menerima watikah pelantikan itu turut melibat  10 anggota Exco kerajaan negeri Terengganu.
Berikut barisan anggota Exco Terengganu yang baharu:
Menteri Besar
Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
Ahli Exco
Satiful Bahari Mamat
Dr. Alias Razak
Mohd. Nor Hamzah
Dr. Azman Ibrahim
Datuk Tengku Hassan Tengku Omar
Ariffin Deraman
Hanafiah Mat
Wan Sukairi Wan Abdullah
Dr. Mamad Puteh
Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman

Comments

Popular posts from this blog

Ucapan sulung MB tuntut hak royalti minyak Terengganu

MB: Bukan Islam di T'ganu tak perlu bimbang dengan PAS

MB Terengganu dapat restu ibu