“Kemenangan Tun M Sebenarnya Boleh Bahayakan Negara” – Hadi Awang | Rakyat perlu menolak pakatan disertai Tun Dr Mahathir Mohamad kerana negara akan berada dalam bahaya, jika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dimenangi pembangkang yang bertanding menggunakan logo PKR itu. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata ini kerana pakatan disertai Dr Mahathir, tidak meletakkan Islam sebagai teras utama untuk mentadbir negara dan keadaan itu diburukkan lagi sikap rakan sekutunya, DAP, yang akan melakukan apa sahaja untuk melemahkan orang Islam. Beliau berkata, rakyat mahu orang Islam memerintah negara ini dan tidak rela dijajah DAP yang akan menjadi mencatur utama jika pakatan itu berjaya membentuk kerajaan Pusat pada PRU ini. “Dr Mahathir tidak meletakkan Islam dalam perjuangan parti berkenaan, sebaliknya bersekongkol dengan DAP dan parti Melayu tajaan DAP iaitu Parti Amanah Negara (PAN) “Buat apa pilih Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, sedangkan sepanjang 22 tah...